Wednesday, November 18, 2015

Pendaftaran baru untuk sesi 2016

Ibu bapa dah boleh mula mendaftar.. untuk sesi kelas cuti sekolah dan sesi 2016
Hanya mereka yang cepat sahaja akan mendapat tempat.


Tuesday, November 17, 2015

Format Baru KSSR-UPSR 2016

berikut adalah format bagi Kertas BI, Math dan Sains




Tuesday, November 3, 2015

Cuti sekolah dah hampir..

       Alhamdulillah, begitu cepat masa berlalu bagi sesi persekolahan tahun ini. Ramai di kalangan pelajar kita sudah tidak sabar untuk bercuti setelah berhempas pulas belajar selama setahun. Letika saya menulis blog ini, peperiksaan SPM sedang berlansung, saya mendoalan agar semua calon SPM pada tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang dan berjaya. Inilah kali pertama saya mempunyai student SPM, selepas 7 tahun yang hanya mendidik dan mengajar murid-murid sekolah rendah sahaja. Saya beeharap mereka berjaya sebagaimana pelajar pelajar lain.

       Cuti sekolah sering dikaitkan dengan aktiviti apa yang nak dilakukan, ada yang bercadang hendak pergi melancong, mengembara dan ada juga yang memilih untuk duduk sahaja menonoton tv di rumah. Apa sahaja aktiviti yang ingin dibuat.. yang penting aktiviti tersebut biarlah yang berfaedah dan memberi manfaat kepada orang ramai. Saya tidak bercadang untul menganjurkan seminar atau kem-kem pada cuti sekolah, kerana saya tahu aktiviti tersebut hanya melibatkan beberapa hari sahaja.Sebenarnya saya lebih gemar menganjurkan aktiviti yang berterusan dan disamping menjimatkan kos. Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan aktiviti apa yang ingin dijalankan, kerana segala pengisian yang kami rancangkan adalah amat berbaloi kepada anak-anak. Ibu bapa juga tidak perlu risau siapa yg akan mengendalikan aktiviti tersebut, kerana saya sendiri dan rakan-rakan saya merupakan guru-guru yang terlatih dan pakar dalam bidang mereka.

        Aktitivi yang saya maksudkan ialah berupa kelas persediaan untuk menghadapi tahun hadapan. "Jom Skor Subjek Kritikal" tema tahun lepas yang kami gunakan juga akan digunakan pada tahun ini dengan menambahbaik beberapa aktiviti hands-on dan minds-on yang lebih menarik dan mengujakan. Buat kali peatama saya mengadakan "bilik sains" di pusat tuisyen yang akan digunakan oleh pelajar. Himpunan aktiviti eksperimen yang diambil dari sukatan pelajaran sekolah yang hampir mustahil dilakukan kesemuanya di sekolah...

        Anda tunggu harinya kerana bukan sekarang tetapi dalam tempoh sebulan akan datang. Ingat Disember, ingan JOM SKOR SUBJEK KRITIKAL... sekian.

Wednesday, October 21, 2015

Ibu bapa sedar atau tidak?

             Assalamualaikum dan salam sejahtera, kalau nak diikutkan sudah lama sya tidak membuat catatan di blog ini, namun tidak bermakna saya tidak mempedulikannya terus. Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk membantu para ibu bapa dalam meningkatkan tahap pembacaan anak-anak mereka sehingga jarang sekali menjenguk ke blog sendiri. Maklumlah, kehadiran ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka semakin memberansangkan.
       
            Ok, berbalik kepada tajuk yang ingin saya highlight pada kali ini adalah IBU BAPA SEDAR atau TIDAK pendidikan di sekolah sudah semakin kompleks dan mencabar. Pelbagai aktiviti dan program yang akan di laksanakan menjelang 2016, terutama kepada anak-anak yang akan mula melangkah ke alam persekolahan. Persediaan dari segi fizikal sudah tentu nampak kesungguhan dalam diri ibu bapa. Dari segi pakaian sehinggalah kelengkapan sekolah semuanya serba baharu. sedarkah ibu bapa bagaimana dengan persediaan mental dan emosi kanak-kanak? Bayangkan pakaian, kelengkapan sekolah semuanya serba baharu, tapi sayang, anak gagal membaca ketika melangkah ke tahun 1. Dengan kejernihan mata mereka, nampak kesungguhan dan semangat anak untuk belajar dan menunggu ilmu yang akan disampaikan oleh guru. Buka sahaja buku teks, mata anak terkebil-kebil melihat rangkaian huruf, perkataan seterusnya ayat-ayat, tak tahu nak bunyikan macam mana? Sedarkah Ibu Bapa anak mereka tidak boleh membaca sebenarnya. Kasihankan?

           Sebenarnya saya tidaklah menyalahkan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan-anak anak, tetapi sebenarnya ibu bapa tidak dapat peluang dan tidak jumpa tempat yang terbaik untuk melatih anak-anak membaca, sudah hantar pusat membaca, tadika, pra dan sebagainya. dah 2 tahun bersekolah di alam prasekolah, masih gagal untuk membaca. Saya tidaklah arif dengan pengetahuan prasekolah, tetapi sedikit sebanyak saya mampu membantu ibu bapa yang bermasalah mencari tempat yang sesuai dan terbaik untuk melatih anak-anak membaca.

          Buat ibu bapa yang tercari-cari di mana sepatutnya mereka menghantar anak-anak ke kelas membaca, saya cadangkan, carilah kelas yang hanya menawarkan khidmat kelas membaca sahaja, yang mepunyai iklim kelas yang kondusif, lebih bersifat peribadi atau pembelajaran individu, latihan intensif, dan guru yang berpengalaman. Banyak di luar sana yang menawarkan keals-kelas membaca bagi anak-anak yang berumur 3-6 tahun. Serahkan sahaja mereka kepada yang pakar. Insyaallah, biarlah berhabis modal, asalkan hasilnya lumayan. Ingat anak-anak adalah aset yang terbaik bagi anda di dunia dan akhirat.

         Sekian coretan saya pada tengah hari ini, kalau tuan/puan berkesempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini, tuan/puan boleh hubungi saya di talian 019-4651454... SMS/WhatApp/Call... saya layan semua. InsyaAllah kerana saya tahu, kepakaran saya adalah dalam membantu kanak-kanak membaca dari usia 4 hingga 6 tahun..


   

Sunday, May 31, 2015

Jadual Jun 2015

Buat semua ibu bapa dan waris,
Kami sentiasa perihatin dengan masa belajar anak-anak tuan puan. Bagi memanfaatkan masa cuti sekolah, kami menyediakan kelas tuisyen seperti dalam lampiran dibawah.
Sebarang pertanyaan tuan puan boleh menghubungi kami di talian
0194651454 / 0134242696



Sunday, April 12, 2015

Perubahan jadual April


Sila ambil perhatian kepada pelajar tingkatan 4 dan 5, Sedikit perubahan jadual mulai 11 April 2015. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak melibatkan semua subjek.
Jadual yang lepas di ubah berikutan jadual pergerakan guru-guru pakar terlalu padat dan sering mengganggu waktu tuisyen. Oleh yang demikian, kami dari pihak pengelola mengambil inisiatif lain untuk memudahkan pergerakan guru bagi mendapatkan perkhidmatan dan pendidikan terbaik dari mereka. Kami berharap tuan / puan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami sentiasa mengemaskini data-data serta kemudahan-kemudahan kelas untuk keselesaan pelajar. Sekian terima kasih

Thursday, April 2, 2015

Jadual April 2015

Jadual terkini untuk April 2015

Kelas Membaca / Sekolah Rendah / Sekolah Menegah.
Anda boleh klik dan print / copy n save sebagai picture dlm smartphone anda.
Sebaran maklumat atau pertanyaan boleh hubungi 019-4651454 (cg. Nazif)




Thursday, March 5, 2015

Jadual waktu tuisyen Menengan dan Rendah

Kami sentiasa mengambil berat mengenai kemudahan dan pandangan ibu bapa. Setelah membuat dan keputusan, guru-guru sekolah menengah bersetuju untuk mengubah masa belajar bagi calon-calon PT3. Walaupun ramai guru-guru yang keberatan untuk mengubah jadual waktu mereka dan sanggup bersusah payah untuk terus berkhidmat sebagai guru terbaik. Mereka sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam membantu calon-calon UPSR,PT3 dan SPM. Dan kami amat berbangga dengan memiliki guru-guru seperti bereka. InsyaAllah kami akan mengekalkan status mereka sebagai Tutor di Pusat Tuisyen Susur Bistari.
Berikut adalah jadual waktu sekolah menengan dan sekolah rendah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



Tuesday, March 3, 2015

Grammar Clinic

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut setia Pusat Tuisyen Susur Bistari. Kami amat berterima kasih dan ingin sekali mengucapkan tahniah kepad semua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada semua usaha kami. Apa yang membanggakan kami ialah, para ibu bapa sanggup berhabis masa kerana ingin melihat kejayaan anak-anak. Kami di Susur Bistari amat menghargai pengorbanan dan jasa baik Ibubapa.

Dalam membantu murid-murid lebih memahami kehendak dalam penguasaan Bahasa Inggeris, kami mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas-kelas dan klinik Grammar dengan dibantu oleh guru-guru pakar dalam bahasa Inggeris. Apa yang perlu ibubapa lakukan, hanyalah hantar sahaja anak mereka (tahun 4 - tahun 6) dalam ke kelas tersebut (hari dan tarikh sentiasa berubah) dan belajar bersama guru pakar kami.

Untuk pengetahuan ibu bapa, apa yang telah diajar di sekolah adalah sama dengan apa yang di ajar oleh kami, tetapi apa yang membuatkan kelebihan pada kami ialah, kami memfokuskan kepada tahap penggunaan Grammar dalam bahasa Inggeris. Kami tahu, di sekolah tidak akan membuat kelas-kelaas focus grammar kepada murid-murid sebaliknya sering mendidik dan mengajar teknik menjawab soalan. Bagus kepada mereka yang memberi focus kepada peperiksaan tetapi tidak kepada mereka yang inginkan perkembangan otak dan aplikasi bahasa inggeris dalam kehidupan harian.

Kami amat kecewa jika ibu bapa gagal membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasi anak-anak. Ibu bapa sebenarnya mempunyai banyak pilihan dan cara bagaimana meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris anak-anak, salah satunya ialah, memberi pendedahan dan mencari pusat-pusat pengajian yang sering menawarkan kelas-kelas intensif bahasa Inggeris.

Bagi kami, hanya mampu membantu dengan menyediakan kelas-kelas percuma untuk ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak-anak. Dapatkan peluang tersebut, kerana ramai yang dah Berjaya dengan mengikuti kelas-kelas yang di anjurkan oleh kami. Dan kelas-kelas ini tidak akan kekal dengan status PERCUMANYA.

Sekian;
ADMIN PTSB

Friday, February 13, 2015

Saturday, January 24, 2015

Apa itu lancar membaca?

Bagi guru/ibubapa yang berpengalaman mengajar kanak-kanak membaca

 menggunakan Kaedah Mengeja/Hafal sukukata dan juga Kaedah Fonik,

kita akan dapati kanak-kanak fonik lebih senang lancar membaca.

Kenapa? Kerana mereka diajar membaca dengan menggabung
 bunyi-bunyi menjadi 
perkataan /m/.../a/.../s/.../i/.../n/
Perkataan terbentuk dengan sekali gus sahaja. Mereka juga 
mudah membaca perkataan-perkataan panjang

Berbanding kanak-kanak mengeja/suku kata yang membaca  dengan 
menghafal beratus(sebenarnya lebih 2 ribu) pola suku kata dan diajar 
membatang(memecahkan perkataan kepada suku kata).
m(em)...a(ei), ma,           s(es)...i(ai)...n(en), sin,      ma sin

Jadi, nak anak cepat lancar membaca semua perkataan, bukan yang
 mudah-mudah sahaja(kvkv), gunakan Kaedah Fonik. Tidak timbul 
masalah anak membaca tersangkut-sangkut, kena reverse lagi untuk 
satu perkataan. Selalu jugak anak lupa suku kata awal ketika membatang, 
terutama untuk perkataan yang panjang, menyebabkan mereka
 menyebut/membaca perkataan yang salah. Cukup rumit terutama
 untuk kanak-kanak 4,5 tahun.

Definisi lancar membaca:
Membaca dengan kadar yang cepat(fast), tidak tersangkut-sangkut(smooth),
 bersahaja(effortless), samada dengan kuat(out loud) atau dalam hati(silent), 
disertakan dengan memberi fokus kepada memahami apa yang dibaca.

In other words, FLUENT READING = FAST, SMOOTH, EFFORTLESS
 reading + UNDERSTANDING

This will  be the final goal anak-anak kita bila kita ajar anak membaca.

Bantu anak lancar membaca dengan:
1. Menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk BM dan
 Readeasy Phonics(Beginner, Intermediate, Advance Levels) untuk Bahasa Inggeris
2. Mengadakan Baca Time kat rumah. Read aloud and/or quiet reading sessions
 would be great. In order for children to read fluently they must have frequent contact 
with print. Pastikan Baca Time di rumah stress free. Be creative. Put some MAGIC
 into reading activities with your child.

3. Adakan masa khas setiap hari anda dan/atau ahli keluarga lain membaca lancar 

di depan anak.

Adalah amat penting anak kita belajar membaca dan seterusnya membaca dalam

 suasana yang menggembirakan. Never force your child to read. Why? Because we 
want them to associate reading as a pleasurable activity. 

Bermula daripada peringkat bayi, bila anda, ibu atau bapa pertama kali 
 membacakan
 anak buku sambil  memeluknya dengan penuh kasih sayang,  
dopamine(hormon gembira) dikeluarkan.  Lagi seronok lagi banyak 
dopamine dikeluarkan. Lagi banyak dopamine dikeluarkan lagi mudah 
 neuron-neuron dalam otak berkomunikasi.HAPPY reading sessions
 + KAEDAH MEMBACA STRESS FREE  ( ehem Foniks Bacalah Anakku & 
Readeasy ye) = meningkatkanDOPAMINE  = MUDAH, LANCAR + FAHAM bacaan. 

*artikel; cepatmembaca.blogspot.com

Monday, January 19, 2015

Seminar KPS PERCUMA

Assalamualaikum semua,

Kali ini berita baik untuk adik-adik tahun 4 hingga 6. KENAPA? kami telah bersetuju untuk menjadikan Seminar KPS siri 1 ini adalah seminar yang PERCUMA kepada semua murid tahun 4,5 dan 6. Kami berharap apa yang kami usahakan ini dapat memberi banyak manfaat kepada mereka yang menyertainya.

Jangan teragak-agak untuk menyertai, sebab kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama guru pakar yang cukup berpengalaman, enjoy, tidak jemu, dan mengembirakan. Anda akan belatar dalam keadaan yang langsung tidak tertekan sebagaimana belajar di sekolah.

Kami berharap adik-adik tidak ketinggalan untuk menyertainya. Ramai yang menyesal tidak mengikuti seminar ini. Ingat! 31 Januari 2015 jam 8.00pg - 1.00 tgh di DEWAN SK BANDAR TASEK MUTIARA.

untuk menyertainya; anda boleh SMS / whatsapp : 019-465 1454. taip Nama; Tahun; dan Sekolah
bagi memudahkan semasa hari pendaftaran anda boleh download borang penyertaan di bawah.
Klik untuk besarkan / save ke PC dan print.


Monday, January 12, 2015

CEMERLANG SAINS

Ramai dikalangan pelajar menganggap subjek sains terlalu banyak sukatan, sukar untuk memahami dan mengingati fakta, tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Semua itu hanyalah alasan yang sering bermain di fikiran pelajar dan membuatkan pelajar terus memberi pandangan negatif terhadap sains.
Sebenarnya Sains itu cukup menyeronokkan untuk belajar berbanding matapelajaran lain. Matapelajaran Sains sangat berkait  rapat dengan kehidupan harian kita, tak perlu tekanan, hanya perlu memahami konsep dan fakta sudah memadai untuk pelajar terus meminati sains. Kehadiran soalan-soalan yang berunsur KBAT sebenarnya bukanlah semata-mata untuk menguji daya ingatan dan daya kemahiran berfikir pelajar, sebaliknya menguji sejauh mana kemampuan seseorang pelajar menggunakan otak mereka untuk mengaplikasi fakta-fakta sains yang telah dipelajari.

Oleh yang demikian sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi soalan-soalan yang mencabar minda, Kami dari PTSB menganjurkan Seminar berbentuk bengkel KEMAHIRAN PROSES SAINS.

Tujuan seminar ini diadakan adalah memberi peluang kepada murid untuk memahami asas-asas yang perlu dan wajib dikuasai oleh semua pelajar. KPS adalah asas kepada semua eksperimen yang akan dilalui oleh semua pelajar termasuk orang awam. daripada ekperimen ringkas sehinggalah eksperimen yang lebih Kompleks adalah membabitkan Kemahiran Proses Sains.

Perjalanan seminar mengambil masa selama 3 bulan bagi memahami sepenuhnya. kami tidak akan menumpukan semua KPS sekali gus untuk memastikan pelajar mendapat apa yang mereka perlukan, sebaliknya kami menumpukan KPS secara terperinci dan satu persatu. Sehinggakan ada 1 kemahiran yang boleh memakan masa sehingga 2 hari. Bukan kerana kami lambat, tetapi kami mahu pelajar betul-betul faham dengan asas KPS.

Kelebihannya pelajar tidak perlu menghafal, kemahiran berfikir pelajar semakin meningkat, dan mampu menjawab semua jenis soalan Sains yang diajukan.

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut


Monday, January 5, 2015

Jadual waktu kelas JANUARI 2015


Klik pada jadual untuk besarkan
Untuk mencetak jadual waktu; 
Anda boleh klik kanan dan pilih cetak / save ke dalam PC anda.