Sebenarnya Sains itu cukup menyeronokkan untuk belajar berbanding matapelajaran lain. Matapelajaran Sains sangat berkait rapat dengan kehidupan harian kita, tak perlu tekanan, hanya perlu memahami konsep dan fakta sudah memadai untuk pelajar terus meminati sains. Kehadiran soalan-soalan yang berunsur KBAT sebenarnya bukanlah semata-mata untuk menguji daya ingatan dan daya kemahiran berfikir pelajar, sebaliknya menguji sejauh mana kemampuan seseorang pelajar menggunakan otak mereka untuk mengaplikasi fakta-fakta sains yang telah dipelajari.
Oleh yang demikian sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi soalan-soalan yang mencabar minda, Kami dari PTSB menganjurkan Seminar berbentuk bengkel KEMAHIRAN PROSES SAINS.
Tujuan seminar ini diadakan adalah memberi peluang kepada murid untuk memahami asas-asas yang perlu dan wajib dikuasai oleh semua pelajar. KPS adalah asas kepada semua eksperimen yang akan dilalui oleh semua pelajar termasuk orang awam. daripada ekperimen ringkas sehinggalah eksperimen yang lebih Kompleks adalah membabitkan Kemahiran Proses Sains.
Perjalanan seminar mengambil masa selama 3 bulan bagi memahami sepenuhnya. kami tidak akan menumpukan semua KPS sekali gus untuk memastikan pelajar mendapat apa yang mereka perlukan, sebaliknya kami menumpukan KPS secara terperinci dan satu persatu. Sehinggakan ada 1 kemahiran yang boleh memakan masa sehingga 2 hari. Bukan kerana kami lambat, tetapi kami mahu pelajar betul-betul faham dengan asas KPS.
Kelebihannya pelajar tidak perlu menghafal, kemahiran berfikir pelajar semakin meningkat, dan mampu menjawab semua jenis soalan Sains yang diajukan.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment