Wednesday, October 21, 2015

Ibu bapa sedar atau tidak?

             Assalamualaikum dan salam sejahtera, kalau nak diikutkan sudah lama sya tidak membuat catatan di blog ini, namun tidak bermakna saya tidak mempedulikannya terus. Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk membantu para ibu bapa dalam meningkatkan tahap pembacaan anak-anak mereka sehingga jarang sekali menjenguk ke blog sendiri. Maklumlah, kehadiran ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka semakin memberansangkan.
       
            Ok, berbalik kepada tajuk yang ingin saya highlight pada kali ini adalah IBU BAPA SEDAR atau TIDAK pendidikan di sekolah sudah semakin kompleks dan mencabar. Pelbagai aktiviti dan program yang akan di laksanakan menjelang 2016, terutama kepada anak-anak yang akan mula melangkah ke alam persekolahan. Persediaan dari segi fizikal sudah tentu nampak kesungguhan dalam diri ibu bapa. Dari segi pakaian sehinggalah kelengkapan sekolah semuanya serba baharu. sedarkah ibu bapa bagaimana dengan persediaan mental dan emosi kanak-kanak? Bayangkan pakaian, kelengkapan sekolah semuanya serba baharu, tapi sayang, anak gagal membaca ketika melangkah ke tahun 1. Dengan kejernihan mata mereka, nampak kesungguhan dan semangat anak untuk belajar dan menunggu ilmu yang akan disampaikan oleh guru. Buka sahaja buku teks, mata anak terkebil-kebil melihat rangkaian huruf, perkataan seterusnya ayat-ayat, tak tahu nak bunyikan macam mana? Sedarkah Ibu Bapa anak mereka tidak boleh membaca sebenarnya. Kasihankan?

           Sebenarnya saya tidaklah menyalahkan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan-anak anak, tetapi sebenarnya ibu bapa tidak dapat peluang dan tidak jumpa tempat yang terbaik untuk melatih anak-anak membaca, sudah hantar pusat membaca, tadika, pra dan sebagainya. dah 2 tahun bersekolah di alam prasekolah, masih gagal untuk membaca. Saya tidaklah arif dengan pengetahuan prasekolah, tetapi sedikit sebanyak saya mampu membantu ibu bapa yang bermasalah mencari tempat yang sesuai dan terbaik untuk melatih anak-anak membaca.

          Buat ibu bapa yang tercari-cari di mana sepatutnya mereka menghantar anak-anak ke kelas membaca, saya cadangkan, carilah kelas yang hanya menawarkan khidmat kelas membaca sahaja, yang mepunyai iklim kelas yang kondusif, lebih bersifat peribadi atau pembelajaran individu, latihan intensif, dan guru yang berpengalaman. Banyak di luar sana yang menawarkan keals-kelas membaca bagi anak-anak yang berumur 3-6 tahun. Serahkan sahaja mereka kepada yang pakar. Insyaallah, biarlah berhabis modal, asalkan hasilnya lumayan. Ingat anak-anak adalah aset yang terbaik bagi anda di dunia dan akhirat.

         Sekian coretan saya pada tengah hari ini, kalau tuan/puan berkesempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini, tuan/puan boleh hubungi saya di talian 019-4651454... SMS/WhatApp/Call... saya layan semua. InsyaAllah kerana saya tahu, kepakaran saya adalah dalam membantu kanak-kanak membaca dari usia 4 hingga 6 tahun..


   

No comments:

Post a Comment