Alhamdulillah, begitu cepat masa berlalu bagi sesi persekolahan tahun ini. Ramai di kalangan pelajar kita sudah tidak sabar untuk bercuti setelah berhempas pulas belajar selama setahun. Letika saya menulis blog ini, peperiksaan SPM sedang berlansung, saya mendoalan agar semua calon SPM pada tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang dan berjaya. Inilah kali pertama saya mempunyai student SPM, selepas 7 tahun yang hanya mendidik dan mengajar murid-murid sekolah rendah sahaja. Saya beeharap mereka berjaya sebagaimana pelajar pelajar lain.
Cuti sekolah sering dikaitkan dengan aktiviti apa yang nak dilakukan, ada yang bercadang hendak pergi melancong, mengembara dan ada juga yang memilih untuk duduk sahaja menonoton tv di rumah. Apa sahaja aktiviti yang ingin dibuat.. yang penting aktiviti tersebut biarlah yang berfaedah dan memberi manfaat kepada orang ramai. Saya tidak bercadang untul menganjurkan seminar atau kem-kem pada cuti sekolah, kerana saya tahu aktiviti tersebut hanya melibatkan beberapa hari sahaja.Sebenarnya saya lebih gemar menganjurkan aktiviti yang berterusan dan disamping menjimatkan kos. Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan aktiviti apa yang ingin dijalankan, kerana segala pengisian yang kami rancangkan adalah amat berbaloi kepada anak-anak. Ibu bapa juga tidak perlu risau siapa yg akan mengendalikan aktiviti tersebut, kerana saya sendiri dan rakan-rakan saya merupakan guru-guru yang terlatih dan pakar dalam bidang mereka.
Aktitivi yang saya maksudkan ialah berupa kelas persediaan untuk menghadapi tahun hadapan. "Jom Skor Subjek Kritikal" tema tahun lepas yang kami gunakan juga akan digunakan pada tahun ini dengan menambahbaik beberapa aktiviti hands-on dan minds-on yang lebih menarik dan mengujakan. Buat kali peatama saya mengadakan "bilik sains" di pusat tuisyen yang akan digunakan oleh pelajar. Himpunan aktiviti eksperimen yang diambil dari sukatan pelajaran sekolah yang hampir mustahil dilakukan kesemuanya di sekolah...
Anda tunggu harinya kerana bukan sekarang tetapi dalam tempoh sebulan akan datang. Ingat Disember, ingan JOM SKOR SUBJEK KRITIKAL... sekian.
No comments:
Post a Comment