Friday, December 19, 2014

Satu cara meningkatkan kefahaman semasa belajar

Kenapa masih tiada peningkatan?

Berjam-jam study, tiap-tiap hari ulangkaji, buat latihan bersendirian, tetapi masih tidak dapat meningkatkan prestasi!..

Adakah anda tidak faham atau anda sendiri yang tidak mahu peduli apa yang sedang anda lakukan.

Sebenarnya semua orang berpotensi meningkatkan tahap pencapaian mereka, tetapi tidak diberikan peluang atau peluang itu sering anda lepaskan, Tidak perlu bersusah payah untuk menghabiskan berjam-jam mengulangkaji bersendirian. Lebih baik keluar mencari guru, duduk bersama dan ulangkaji bersama guru. Adalah lebih baik daripada anda mengulangkaji bersendirian. Itu adalah peluang anda untuk menyedut ilmu daripada guru, bersoal jawab dengan guru dan berbincang. Tiada guru yang kedekut Ilmunya, kerana mereka tahu tugas mereka adalah menyampaikan ilmu kepada orang lain.

Carilah peluang-peluang yang ada di sekeliling dengan anda. Ingat, peluang hanya datang sekali, jika datang kali kedua itu adalah nasib anda.

Selamat belajar.

"Pusat Tuisyen Susur Bistari &
Pusat Membaca Pantas"

No comments:

Post a Comment