Tuesday, December 16, 2014
Masih ramai kanak-kanak gagal membaca...
Bukan kami yang berkata!
Tetapi memang ini yang telah berlaku sejak dahulu, malah semakin membimbangkan. Hanya berpunca daripada ibu bapa yang tidak perihatin tentang kebolehan anak anak. Mengapa perlu menghukum mereka jika kita tahu anak-anak sukar menguasai bacaan. Betul dengan apa yang dibuat oleh kebanyakan ibu bapa menghantar ke pusat-pusat jagaan, tadika dan sebagainya dengan harapan anak boleh belajar, bermain dan membaca.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa kebanyakan masih belum menguasai bacaan apabila menjejak kaki ke sekolah selepas tamat tadika?
Ramaikan? Kadang kadang mencecah puluhan di sebuah sekolah.
Mampukah guru-guru pemulihan menyelesaikan masalah tersebut tanpa sokongan ibu bapa?
Anda perlu ingat jika anak anda gagal untuk membaca, bagaimana mereka hendak membantu diri mereka meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Dan kebanyakan kes ini akan berlarutan sehingga tahun-tahun berikutnya. Tak percaya? mungkin perkara ini tidak berlaku pada diri anda, tetapi anda harus ingat, anda masih lagi ramai kaum keluarga, sahabat, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling.
Kami sebagai agen pembasmi kanak-kanak gagal membaca, menyarankan untuk anda para ibu bapa yang perihatin mencari kelas-kelas bacaan khas untuk kanak-kanak bagi menguasai bacaan. Jangan kedekut dengan wang, pelaburan anda hari ini adalah untuk menjamin masa depan anak anda.
Sekian...
Admin, Puasat Tuisyen Susur Bistari
Pakar dalam membantu kanak-kanak cepat membaca dari usia 4 hingga 6 tahun dan membantu menyelesaikan masalah bacaan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
Untuk khidmat nasihat : call/sms ; 019-4651454 / 013-4242696
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment