Saturday, January 24, 2015

Apa itu lancar membaca?

Bagi guru/ibubapa yang berpengalaman mengajar kanak-kanak membaca

 menggunakan Kaedah Mengeja/Hafal sukukata dan juga Kaedah Fonik,

kita akan dapati kanak-kanak fonik lebih senang lancar membaca.

Kenapa? Kerana mereka diajar membaca dengan menggabung
 bunyi-bunyi menjadi 
perkataan /m/.../a/.../s/.../i/.../n/
Perkataan terbentuk dengan sekali gus sahaja. Mereka juga 
mudah membaca perkataan-perkataan panjang

Berbanding kanak-kanak mengeja/suku kata yang membaca  dengan 
menghafal beratus(sebenarnya lebih 2 ribu) pola suku kata dan diajar 
membatang(memecahkan perkataan kepada suku kata).
m(em)...a(ei), ma,           s(es)...i(ai)...n(en), sin,      ma sin

Jadi, nak anak cepat lancar membaca semua perkataan, bukan yang
 mudah-mudah sahaja(kvkv), gunakan Kaedah Fonik. Tidak timbul 
masalah anak membaca tersangkut-sangkut, kena reverse lagi untuk 
satu perkataan. Selalu jugak anak lupa suku kata awal ketika membatang, 
terutama untuk perkataan yang panjang, menyebabkan mereka
 menyebut/membaca perkataan yang salah. Cukup rumit terutama
 untuk kanak-kanak 4,5 tahun.

Definisi lancar membaca:
Membaca dengan kadar yang cepat(fast), tidak tersangkut-sangkut(smooth),
 bersahaja(effortless), samada dengan kuat(out loud) atau dalam hati(silent), 
disertakan dengan memberi fokus kepada memahami apa yang dibaca.

In other words, FLUENT READING = FAST, SMOOTH, EFFORTLESS
 reading + UNDERSTANDING

This will  be the final goal anak-anak kita bila kita ajar anak membaca.

Bantu anak lancar membaca dengan:
1. Menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk BM dan
 Readeasy Phonics(Beginner, Intermediate, Advance Levels) untuk Bahasa Inggeris
2. Mengadakan Baca Time kat rumah. Read aloud and/or quiet reading sessions
 would be great. In order for children to read fluently they must have frequent contact 
with print. Pastikan Baca Time di rumah stress free. Be creative. Put some MAGIC
 into reading activities with your child.

3. Adakan masa khas setiap hari anda dan/atau ahli keluarga lain membaca lancar 

di depan anak.

Adalah amat penting anak kita belajar membaca dan seterusnya membaca dalam

 suasana yang menggembirakan. Never force your child to read. Why? Because we 
want them to associate reading as a pleasurable activity. 

Bermula daripada peringkat bayi, bila anda, ibu atau bapa pertama kali 
 membacakan
 anak buku sambil  memeluknya dengan penuh kasih sayang,  
dopamine(hormon gembira) dikeluarkan.  Lagi seronok lagi banyak 
dopamine dikeluarkan. Lagi banyak dopamine dikeluarkan lagi mudah 
 neuron-neuron dalam otak berkomunikasi.HAPPY reading sessions
 + KAEDAH MEMBACA STRESS FREE  ( ehem Foniks Bacalah Anakku & 
Readeasy ye) = meningkatkanDOPAMINE  = MUDAH, LANCAR + FAHAM bacaan. 

*artikel; cepatmembaca.blogspot.com

Monday, January 19, 2015

Seminar KPS PERCUMA

Assalamualaikum semua,

Kali ini berita baik untuk adik-adik tahun 4 hingga 6. KENAPA? kami telah bersetuju untuk menjadikan Seminar KPS siri 1 ini adalah seminar yang PERCUMA kepada semua murid tahun 4,5 dan 6. Kami berharap apa yang kami usahakan ini dapat memberi banyak manfaat kepada mereka yang menyertainya.

Jangan teragak-agak untuk menyertai, sebab kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama guru pakar yang cukup berpengalaman, enjoy, tidak jemu, dan mengembirakan. Anda akan belatar dalam keadaan yang langsung tidak tertekan sebagaimana belajar di sekolah.

Kami berharap adik-adik tidak ketinggalan untuk menyertainya. Ramai yang menyesal tidak mengikuti seminar ini. Ingat! 31 Januari 2015 jam 8.00pg - 1.00 tgh di DEWAN SK BANDAR TASEK MUTIARA.

untuk menyertainya; anda boleh SMS / whatsapp : 019-465 1454. taip Nama; Tahun; dan Sekolah
bagi memudahkan semasa hari pendaftaran anda boleh download borang penyertaan di bawah.
Klik untuk besarkan / save ke PC dan print.


Monday, January 12, 2015

CEMERLANG SAINS

Ramai dikalangan pelajar menganggap subjek sains terlalu banyak sukatan, sukar untuk memahami dan mengingati fakta, tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Semua itu hanyalah alasan yang sering bermain di fikiran pelajar dan membuatkan pelajar terus memberi pandangan negatif terhadap sains.
Sebenarnya Sains itu cukup menyeronokkan untuk belajar berbanding matapelajaran lain. Matapelajaran Sains sangat berkait  rapat dengan kehidupan harian kita, tak perlu tekanan, hanya perlu memahami konsep dan fakta sudah memadai untuk pelajar terus meminati sains. Kehadiran soalan-soalan yang berunsur KBAT sebenarnya bukanlah semata-mata untuk menguji daya ingatan dan daya kemahiran berfikir pelajar, sebaliknya menguji sejauh mana kemampuan seseorang pelajar menggunakan otak mereka untuk mengaplikasi fakta-fakta sains yang telah dipelajari.

Oleh yang demikian sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi soalan-soalan yang mencabar minda, Kami dari PTSB menganjurkan Seminar berbentuk bengkel KEMAHIRAN PROSES SAINS.

Tujuan seminar ini diadakan adalah memberi peluang kepada murid untuk memahami asas-asas yang perlu dan wajib dikuasai oleh semua pelajar. KPS adalah asas kepada semua eksperimen yang akan dilalui oleh semua pelajar termasuk orang awam. daripada ekperimen ringkas sehinggalah eksperimen yang lebih Kompleks adalah membabitkan Kemahiran Proses Sains.

Perjalanan seminar mengambil masa selama 3 bulan bagi memahami sepenuhnya. kami tidak akan menumpukan semua KPS sekali gus untuk memastikan pelajar mendapat apa yang mereka perlukan, sebaliknya kami menumpukan KPS secara terperinci dan satu persatu. Sehinggakan ada 1 kemahiran yang boleh memakan masa sehingga 2 hari. Bukan kerana kami lambat, tetapi kami mahu pelajar betul-betul faham dengan asas KPS.

Kelebihannya pelajar tidak perlu menghafal, kemahiran berfikir pelajar semakin meningkat, dan mampu menjawab semua jenis soalan Sains yang diajukan.

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut


Monday, January 5, 2015

Jadual waktu kelas JANUARI 2015


Klik pada jadual untuk besarkan
Untuk mencetak jadual waktu; 
Anda boleh klik kanan dan pilih cetak / save ke dalam PC anda.