Monday, March 22, 2010

Pengumuman Penting

Assalamualaikum,

Para pelajar dan ibu bapa.

Perjalanan kelas tuisyen bagi PTSB adalah 4 kali sebulan bagi setiap subjek, iaitu sekali kelas untuk setiap satu minggu. Oleh yang demikian, jika terdapat 5 minggu dalam mana-mana bulan maka kelas tuisyen akan bercuti seminggu.

Jika terdapat kelas gantian, para ibu bapa dan pelajar akan dimaklumkan seminggu sebelum kelas bermula. Sila pastikan anda mendapat memo yang diedarkan oleh PTSB.

Pastikan anda dan anak anda mendapat jadual yang terkini bagi kelas tuisyen untuk bulan berikutnya. Jadual akan dikeluarkan pada minggu terakhir pada bulan semasa.

Sila semak jadual waktu yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment