Monday, August 31, 2009

Sejarah penubuhan

Ditubuhkan sejak Januari 2005 dan dipimpin oleh Cikgu Hanijah dengan jumlah pelajar seramai 52 orang daripada tahun 1 hingga tahun 6 dan di bantu sepenuhnya oleh suaminya En Abdullah Bin Wazir. Pada ketika itu PTSB beroperasi di alamat no 29 lorong 13 ss1 Bandar Tasek Mutiara. Sejak 2005 lagi PTSB menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Hasil daripada kesungguhan dan keyakinan Cihgu Hanijah, beliau berjaya mengumpul hampir 100 orang pelajar. Kemudian Cikgu Hanijah mendapat kelulusan untuk menubuhkan Pusat Membaca pantas yang kini dipelopori oleh Read Network yang berpusat di Batu Cave Selangor. Pada tahun 2007 PTSB dikendalikan oleh Cikgu Muhammad Nazif pada ketika itu pelajarnya mencecah hampir 200 orang dan mempunyai tenaga pengajar seramai 13 orang guru sekolah termasuk 2 orang guru membaca pantas. Pada tahun 2008, PTSB berpindah ke alamat 131 dan 132 Jalan Tasek SS1 BTM, Simpang Ampat SPS Pulau Pinang. Kini PTSB Telah berkembang dengan membuka cawangannya di Batu Kawan S.P.S Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment