Thursday, March 3, 2016

Pembukaan Cawangan Kelas Cepat Membaca di Taman Selasih Kulim KEDAH

 Buat semua Ibu bapa, kami dengan berbesarhati memaklumkan bahawa, kami telah mengembangkan sayap sehingga ke Kulim Kedah, untuk membantu tuan / puan dalam mengatasi masalah bacaan kanak-kanak.

Setelah hampir sepuluh tahun kami bertapak di Bandar Tasik Mutiara, Simpang Ampat, dan ramai kanak-kanak yang telah kami bantu untuk mengatasi masalah bacaan mereka. Kini tiba masanya untuk kami menyambung bantuan kami sehingga ke Kulim.

Bagi memudahkan ibu bapa mencari di mana kami berada sekarang, tuan/puan boleh merujuk kami di alamat 3679-A jalan selasih 1/3, Taman Selasih 09000 Kulim Kedah. Lokasi kami adalah berhampiran dengan Petronas Kulim.

Sebarang pertanyaan dan makluman boleh menghubungi kami di talian 0194651454 / 0134242696.

Kami sentiasa bersama anda untuk membantu anda yang bermasalah dalam pembelajaran.

Perubahan Logo

LOGO BARU PUSAT TUISYEN SUSUR BESTARI menggantikan logo lama yang dieja dengan SUSUR BISTARI

 Kepada semua pengguna dan pelanggan kami telah menukar logo lama kepada logo baharu yang memuatkan ejaan BISTARI menjadikan BESTARI.