Berikut adalah jadual waktu sekolah menengan dan sekolah rendah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Thursday, March 5, 2015
Jadual waktu tuisyen Menengan dan Rendah
Kami sentiasa mengambil berat mengenai kemudahan dan pandangan ibu bapa. Setelah membuat dan keputusan, guru-guru sekolah menengah bersetuju untuk mengubah masa belajar bagi calon-calon PT3. Walaupun ramai guru-guru yang keberatan untuk mengubah jadual waktu mereka dan sanggup bersusah payah untuk terus berkhidmat sebagai guru terbaik. Mereka sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam membantu calon-calon UPSR,PT3 dan SPM. Dan kami amat berbangga dengan memiliki guru-guru seperti bereka. InsyaAllah kami akan mengekalkan status mereka sebagai Tutor di Pusat Tuisyen Susur Bistari.
Tuesday, March 3, 2015
Grammar Clinic
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut setia Pusat Tuisyen Susur Bistari. Kami amat berterima kasih dan ingin sekali mengucapkan tahniah kepad semua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada semua usaha kami. Apa yang membanggakan kami ialah, para ibu bapa sanggup berhabis masa kerana ingin melihat kejayaan anak-anak. Kami di Susur Bistari amat menghargai pengorbanan dan jasa baik Ibubapa.
Dalam membantu murid-murid lebih memahami kehendak dalam penguasaan Bahasa Inggeris, kami mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas-kelas dan klinik Grammar dengan dibantu oleh guru-guru pakar dalam bahasa Inggeris. Apa yang perlu ibubapa lakukan, hanyalah hantar sahaja anak mereka (tahun 4 - tahun 6) dalam ke kelas tersebut (hari dan tarikh sentiasa berubah) dan belajar bersama guru pakar kami.
Untuk pengetahuan ibu bapa, apa yang telah diajar di sekolah adalah sama dengan apa yang di ajar oleh kami, tetapi apa yang membuatkan kelebihan pada kami ialah, kami memfokuskan kepada tahap penggunaan Grammar dalam bahasa Inggeris. Kami tahu, di sekolah tidak akan membuat kelas-kelaas focus grammar kepada murid-murid sebaliknya sering mendidik dan mengajar teknik menjawab soalan. Bagus kepada mereka yang memberi focus kepada peperiksaan tetapi tidak kepada mereka yang inginkan perkembangan otak dan aplikasi bahasa inggeris dalam kehidupan harian.
Kami amat kecewa jika ibu bapa gagal membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasi anak-anak. Ibu bapa sebenarnya mempunyai banyak pilihan dan cara bagaimana meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris anak-anak, salah satunya ialah, memberi pendedahan dan mencari pusat-pusat pengajian yang sering menawarkan kelas-kelas intensif bahasa Inggeris.
Bagi kami, hanya mampu membantu dengan menyediakan kelas-kelas percuma untuk ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak-anak. Dapatkan peluang tersebut, kerana ramai yang dah Berjaya dengan mengikuti kelas-kelas yang di anjurkan oleh kami. Dan kelas-kelas ini tidak akan kekal dengan status PERCUMANYA.
Sekian;
ADMIN PTSB

Subscribe to:
Posts (Atom)